Kepada yang masih mencari kelas kraf untuk memenuhi masa lapang atau bercadang untuk menambah pendapatan sampingan, mari sertai kelas asas decoupage pada 16 April 2017, hari Ahad jam 2-5 petang.
Anda akan diajar teknik asas seperti mewarna permukaan MDF atau pinggan seramik, menggunting dan menampal tisu decoupage serta teknik tambahan untuk mencantikkan lagi hasil kerja anda.
Yuran promosi untuk kelas kali ini hanya RM60. Yuran akan dinaikkan kepada RM100 selepas ini.
Tenaga pengajar berpengalaman mengajar asas decoupage semenjak tahun 2007. Sila tinggalkan komen bersama email yang sah untuk kami hubungi atau boleh terus berhubung melalui Facebook – BungaTelur.com.