Jika anda masih mencari tempat untuk belajar asas decoupage, masih belum terlambat kerana kelas terakhir untuk tahun 2012 akan di adakan pada 15 Dec 2012, hari Sabtu jam 2-5:30 petang. Lokasi di Puchong dengan yuran serendah RM60.
Anda akan berpeluang membuat decoupage samada di atas pinggan seramik atau atas bingkai bercermin dari IKEA. Bahan-bahan yang digunakan dalam kelas adalah dari jenama Jo Sonja, Plaid dan Americana. Hasil decoupage selepas kelas boleh dibawa pulang.
Selain teknik asas menggunting dan menampal motif dari tisu serta mewarna medium, anda juga akan belajar cara-cara untuk menulis quote di atas medium yang telah di decoupage kan serta asas membuat shading.
Semua kemahiran asas ini boleh digunapakai apabila anda ingin menghasilkan pelbagai seni decoupage untuk hiasan rumah mahu pun sebagai hadiah kepada rakan dan saudara terdekat.
Sila hubungi farah[at]bungatelur.com untuk maklumat lanjut. Kelas terhad 6 orang peserta sahaja.