(Klik gambar utk melihat versi lebih besar)
Untuk yang mencari kelainan, mungkin boleh mencuba membuat bunga songket. Cara pembuatannya sedikit rumit kerana rangka dawai perlu digam dan dilekatkan ke kain songket. Setelah kering, perlu digunting sekeliling rangka dawai tersebut.
Proses mencantum kelopak sama saja seperti mencantum kelopak bunga dip atau bunga stokin.
Bunga songket di atas belum lagi dijadikan bunga pahar atau bunga dulang. Korsaj/corsage juga sesuai cuma kelopak utk bunga korsaj selalunya lebih kecil berbanding kelopak bunga berdiameter asas 5cm seperti dalam gambar.
Untuk yang berminat utk menempah, harga bunga pahar bunga songket bermula dari RM25 ke atas.